Sunday, May 9, 2010

Kebingungan

Aku tidak pasti.

Sudah aku memberikan surat itu kepadanya, namun dia masih tidak lakukan apa-apa. Perangainya tetap sama. Aku telah membuka hatiku sebesar-besarnya supaya dia dapat memahamiku. Namun, aku rasa bahawa dia sedang memudaratkan situasi ini.

Dia kerapkali berkata bahawa tiang ini sedang pecah. Pernahkah dia lihat sendiri bahawa dia juga sedang membakar pecahan-pecahan tiang ini?

Tidak. Dia tidak nampak. Dia tidak perasan.

Dia fikir yang lain sahaja yang sedang memusnahkah tiang ini. Tetapi jelas terpancar bahawa dia sendiri sedang berlaku sedemikian.

Apa yang boleh ku lakukan?

Aku juga tidak pasti.

No comments:

Post a Comment